Friday, February 22, 2013

Selamat Hari Kebangsaan Brunei

1 hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan Brunei ke 29, dengan tema sambutan Negaraku Brunei Darussalam. Sempena hari yang penting ini, saya ingin berkongsi pendapat mengenai Brunei.

Seiring dengan status Brunei sebagai negara Melayu Islam Beraja, pada tahun 2012, beberapa inisiatif telah diperkenalkan. Yang paling diperkatakan oleh orang ramai ialah penutupan sementara premis-premis perniagaan sewaktu sembahyang Jumaat. Pelbagai pendapat telah diutarakan oleh orang ramai, namun perkara ini jangan dianggap sebagai 'menyusahkan'. Jika pandai mengatur, perkara ini tidak akan memberi implikasi apa-apa sekali pun

Beberapa bulan ini,saya telah membaca pelbagai pendapat yang disiarkan dalam akhbar harian tempatan, Brunei Times & Borneo Bulletin. Ada yang mempersoalkan mengapa BSP tidak menyumbang banyak kepada Brunei, seperti Petronas kepada Malaysia. Ada pula yang mempertahankan BSP,bahawa mereka telah menyumbang banyak kepada negara. Pada pendapat saya, adakah perlu bangunan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas di bumi Brunei? Rasanya tidak ada keperluan tersebut. Pada pemerhatian saya sejak menetap di Seria semenjak 1997,banyak perubahan yang telah berlaku di Seria hasil sumbangan BSP. Mengambil contoh OGDC,Pusat Insani,pusat bowling dan pawagam 3D.

Kerajan KDYMM telah memperuntukkan sejumlah wang untuk projek FTTH. Baru-baru ini Telbru telah melancarkan FTTH. Diharap dengan pengenalan FTTH di Brunei, tiada lagi masalah seperti 'internet lag' akan kedengaran lagi. Tambahan pula, pihak DST dijangka akan melancarkan 4g LTE bagi mengatasi masalah capaian internet mudah alih dan menawarkan kelajuan internet yang lebih tinggi kepada pengguna telefon mudah alih terutamanya telefon pintar. Walaupun kemajuan teknologi di Brunei agak perlahan berbanding negara jiran, ia tetap dialu-alukan!

Akhir kata, saya bangga menjadi salah seorang dari penduduk di bumi bertuah Brunei ini! Walaupun saya bukan rakyat Brunei, saya dididik mengikut acuan negara ini. Brunei akan mendapat tempat di hati saya, jika boleh saya ingin berkerjaya di negara ini, tetapi apa kan daya saya bukan orang Brunei dan bidang pekerjaan yang saya ingin ceburi menurut undang-undang yang saya ketahui orang Brunei sahaja yang boleh diambil bekerja/keutamaan diberikan

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 29 BRUNEI

3 comments: