Friday, July 3, 2009

Its Getting Boring

Kopivosian, Tadau Kohimo. Wait, you are not in the wrong blog, this is still your ye-old 'The Simplisiti' and not some sort of foreign language blog. Ok, the translation for the 1st 3 word is Welcome, Friday. By, the way, its bahasa Kadazandusun. Ok, enough of Tadau, Kopivosian, id, its back to stories. Im gonna write fully in Malay, for this post, please ready kamus dwibahasa, incase my Malay is too terror, LOL!
Nampaknya, bak kata lagu Hujan, Pagi Yg Gelap Kini Sudah Terang, tak dapat digunakan bagi menggambarkan keadaan H1N1 di negara ini bertambah baik, malah bertambah teruk sedikit, tetapi terkawal dengan 1 kematian dicatatkan semalam.
Seorang budak perempuan 12 tahun yg juga mempunyai penyakit auto-imun hepatitis, radang paru2 & kegagalan hati yg kronik telah disahkan meninggal dunia kerana jangkitan influenza AH1N1. Takziah, diucapkan kepada keluarga budak tersebut.
Setakat ini:
  • Brunei - 101 kes, dengan 1 kematian(pembetulan)
  • Malaysia - 294 kes, tetapi khabar angin 1 kematian. Dinafikan Menteri Kesihatan
  • Seluruh dunia - Lebih kurang 77,000 kes, lebih kurang 330 kematian
  • Singapura - 878 kes
Singapura telah mengguna 'Singa The Lion Yg Telah Dipakai Mask', bagi memberi awareness terhadap flu ini. Tambah WHO lagi, penyebaran flu ini TAK DAPAT DIHALANG. Menurut sumber agensi2 berita, memburukkan keadaan ialah, terdapat kes flu dimana ia 'kebal' kepada Tamiflu (resistant to Tamiflu). Syarikat2 pharmaceuticals kata 2010 baru ada vaksin.
Nampaknya, golongan muda dibawah 20 tahun, adalah paling berisiko tinggi kena H1N1. Oleh, sebab itu, ramai orang yg membincangkan H1N1 di laman sesawang Brudirect.com kendalian Ignatius Stephen berpendapat cuti sepatutnya dilanjutkan lagi, bagi memastikan kesihatan pelajar2 terpelihara.
Pada pendapat saya pula, ITS GETTING BORING, habis cerita, rindu pula nak balik ke sekolah. Bukan apa, kalau cuti lama2 yg tak dijangka, pelajaran dah lupa kerana temporary 'hilang ingatan' dan juga cikgu2 pastinya akan 'menyeksa' pelajar2 dengan kerja2 rumah yg banyak sekali, mungkin ujian mengejut pada hari pertama persekolahan (menurut salah seorang di dalam Brudirect), menghadiri kelas pada hari Jumaat dan mungkin hari Ahad, kelas petang dipanjangkan sehingga 6 petang. Tak ada alasan kucing beranak, kena suruh cabut rumput, jemputan kahwin, ayam bertelur, ayam kena sembelih, itulah, inilah, dsb. Masa ni, ckigu tak makan alasan ni semua lagi, kecuali kata cepumas "DEMAM, SESAK NAFAS" SURE KENA SURUH BALIK PUNYA BRO, eh tunggu saya tak ajar kamu semua buat macam ni tau, pelajaran ketinggalan siapa yg rugi, kita juga yg sendiri rugi. Kata pepatah 'sendiri bikin sendiri mahu ingat '. Tapi, takut juga saya pasal H1N1 nilah kerana tak tentu pasal saya selalu sakit, entahlah sejak dulu lagi, syndrom takut ke sekolah kot atau syndrom takut cikgu atau syndrom apa2 ajelah asalkan bukan H1N1, jantung berlubang, kanser, penyakit yg bahaya2 gitu lo. Itu guru fengshui pun ada cakap sama saya, selalu sakit, terima ajelah, ujian daripada Tuhan Yg Maha Esa.
Oh, maafkan saya sekiranya saya terlalu majal mengenai citer2 H1N1 nikan, ok citer lain pula bosan pula jika citer H1N1 je, nanti silap haribulan kena ban.
The Simplisiti Telah Menjangkau 100 post, Hmm Banyak Juga Buah Fikiran Saya Ni, Next Target Ialah 1000 Post Dalam 5 Tahun Akan Datang.
You Are My Everything, .......
Setakat ni jelah story kali ni, takder citer yg boleh diciter melainkan H1N1, eh tunggu sebelum tu, janganlah merayap ke 1 mall ke 1 mall. Tak baik tau, dalam situasi masa kini, dahlah banyak orang, risiko pun tinggi, poket gerenti kosong, tangan sure penuh, lebih baik ke tempat2 seperti pantai atau taman2, hirup udara segar, enjoy angin sepoi2 bahasa.
Dahlah, tu merapu wahai Encik Penulis Simplisiti, walaupun semakin bosan dah cuti tak der apa2 yg boleh dibuat melainkan skrin komputer, skrin TV, bilik tidur.
P.S. Nak cari lagu Blue J (sering bermain didalam mindaku yg kekosongan ingatan pelajaran)
Patutkah sekolah dibuka Isnin ni? Tak taulah yg pasti aku tak nak attend friday Or Sunday classses. So, ITS A VOTE YES!

No comments:

Post a Comment