Wednesday, June 10, 2009

GP class, bridging minds, kempen membersihkan pantai

Salam muhibbah kepada semua warga di dunia ini yg sudi membaca kata2 & coretan oleh seorang ni yg tak brpa pandai. Kita perlu mengaku bahawa tiada seseorang pun di dunia ni yg tak ada cacat-celanya termasuk pelajar cemerlang, saintis, dll. Lapor akhbar Borneo Bulletin, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam dalam ucapan beliau di majlis bertemu dengan warga Malaysia di Brunei berkata 'Kita perlu mengamalkan sikap Muhibbah yakni bersikap mesra & tolong-menolong antara satu sama lain'. Oleh yg demikian, saya akan berusaha untuk memupuk sikap 'Muhibbah' saya. Eh, nampaknya perenggan pertama coretan ini telah jauh menyimpang ke tempat lain.
Pada hari Isnin, Cikgu Joan telah memulakan tajuk baru dalam kelas Kertas Am/GP. Ia adalah Media & Pengiklanan. Kami telah diberikan satu tugas berkumpulan yg baru selesai semalam iaitu menulis satu artikel berita mengikut tajuk yg dipilih oleh kami sendiri dan memberi persembahan mengenai cerita itu. Kumpulan saya memilih tajuk 'Jam in High Street'/'Kesesakan Lalulintas di Jalan Tinggi kot'.
Intipati cerita ini adalah seperti berikut:
Ada pokok yg tumbang kerana angin kencang menyebabkan kesesakan lalulintas selama 6 jam. Malangnya, selain dari pokok tumbang, terdapat seseorang lelaki yg kebetulan keretanya lalu apabila pokok tumbang. Lelaki itu cuba untuk keluar dari keretanya itu, tetapi malangnya dia tersepit dicelah2 pokok. Dia meronta2 untuk melepaskan diri tetapi malangnya seluar Marks&Spencer yg dipakainya itu koyak lalu menampakkan seluar dalam boxer 'Sponge Bob' yg amat disukainya itu yg juga koyak menampakkan bahagian badan yg sepatutnya ditutup. Dia tak menyedari bahawa seluar & seluar dalamnya koyak sehingga ada seorang perempuan gila yg baru keluar dari Bukit Padang menjerit, lalu ramai orang yang menoleh kearah lelaki tersebut dan mereka semua menikmati persembahan percuma itu sambil ketawa berdekah2. Bomba & penyelamat tiba di tempat kejadian selepas mengharungi kesesakan lalulintas yg teruk selama 2 jam. Sekian terima kasih. Berita selanjutnya, selepas pesanan iklan!
Hari ini, Cikgu Joan telah memberikan tajuk perbahasan yg akan dibahaskan selepas cuti penggal kedua. Kumpulan saya malangnya sekali telah diberikan tajuk 'We should be our own censors'/'Kita perlu menapis apa yg kita, lihat, dengar, kata'. Kumpulan kami menjadi penyanggah, manakala barisan pencadang pula handal2 bekala seperti contoh Hanafi yg petah bercakap, Rachel yg pandai berbahas secara spontan. Apa jua kumpulan penyanggah yg langsung tak mempunyai sejarah pembahas. Tetapi kami tak boleh dipandang rendah!
Pada 26 Jun 2009, Bridging Minds yg merupakan satu rancangan tahunan bahas antara pelajar Singapura & Brunei terbitan RTB & MediaCorp Singapura akan berlangsung di Dewan Raya, RTB. Tahun ini Bandar Seri Begawan adalah tuan rumahnya manakala tahun depan ia akan dilangsungkan di Singapura. SMSA telah diperuntukkan 50 pelajar bagi menjadi penyokong/penonton. Saya adalah salah seorang daripada penyokong tersebut yg akan menghadirinya. Beberapa orang kenalan saya juga akan menghadirkan diri. Saya ingin menonton kerana untuk mengetahui cara perbahasan dijalankan & cara tutur-bicara dalam perbahasan yg akan membantu saya dalam perbahasan GP saya itu nanti. Format Bridging Minds amat menarik kerana ada sketsa pendek yg turut diselitkan.
Esoknya, SMSA E-Club akan mengadakan kempen membersihkan pantai yg dikuti oleh ramai pelajar2 yg 'mesra alam'. Malangnya, menurut sumber2 yg sahih lagi dipercayai, terdapat usaha2 oleh pihak yg tak bertanggungjawab bagi mengotorkan lagi kawasan pantai bagi menyusahkan kempen membersihkan pantai yg akan dijalankan esok, sekaligus mengganggu kelancaran aktiviti tersebut. Saranan saya kepada orang tersebut yg begitu 'tak mesra alam', apa yg dilakukan oleh kita pada masa ni, akan kembali jua kepada kita satu hari nanti. Tak tau lau sumber ini hanya gurauan yg langsung tak melucukan tetapi memalukan!
Sebelum menutup coretan ini, saya merasakan diri saya telah menceroboh ke dalam kehidupan orang lain. Ini hanyalah tanggapan saya sendiri, mungkin kata orang lain lain! Oklah, cuti ini akan saya habiskan dengan mengikuti perkembangan terkini industri muzik dengan mendengar lebih banyak lagu Melayu & Antarabangsa kerana saya dah banyak ketinggalan zaman!
Setakat ini sajalah coretan saya kali ini.
Selamat Bercuti Kepada Semua Pelajar & Bagi Yg Perlu Kembali Ke Sekolah Bagi Menghadiri Kelas, Enjoy Di Luar Waktu Kelas Tapi Belajar Betul2 Waktu Kelas.
Selamat Mengindahkan Alam Sekitar Bagi Yg Mengikuti Aktiviti Membersihkan Pantai Esok
Akhir Sekali Selamat Berojoget Lambak Pada Hari Sabtu. apakan?

No comments:

Post a Comment