Saturday, January 8, 2011

Plain Crap:Up Up Up (Malay edition)

Salam 1Malaysia, Salam 1Dunia kepada semua pembaca blog ini.Kita telah memasuki ke dekad kedua dalam Millenium baru.
Rasanya dah agak lama saya tidak membuat posting yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu. Oleh itu, bagi posting ini, saya akan gunakan Bahasa Melayu bagi mencoretkan mengenai topik 'Naik' terutamanya naik harga!
Kerajaan mulai 1Jan2011 telah menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 6% (tak banyak 1% je). Ini bermakna Big Mac, Nasi KFC dan sebagainya akan mengalami kenaikan harga. Ini adalah kenaikan yang 'tak dapat dielakkan'.
Baru-baru ini juga, kerajaan juga telah mengumumkan kenaikan 4 dalam 1 (bukan kopi 4 dalam 1) bagi LPG, gula, petrol & diesel, yang dianggap 'tak membebankan'. Saya meninjau harga pada keesokkan hari dan mendapati belum ada kenaikkan. Pada masa itu, saya menarik nafas lega kerana pekedai tidak menaikkan harga. 'Dipikirkan cuaca cerah hingga petang, rupanya hujan tengah hari' Baru-baru ini, saya telah menerima tempias dari kenaikkan itu. Sebagai contoh, sebiji pao yang berharga RM1.40 kini RM1.50, kenaikkan 10sen (ini ok), segelas cincau RM1.40 kini RM1.50, juga 10sen kenaikkan tetapi apa yang ironinya disini gulanya dikurangkan, tetapi harga naik apakah ini patut? Lebih teruk lagi jus buah-buahan naik 50sen/segelas! Apakah ini patut? Ok, tak apalah kali ini kerana harga gula naik 20sen! Tetapi, kadang-kadang hanya minyak yang naik harga, tetapi makan & minum juga naik harga! Apakah terdapat minyak dalam char kway teow atau teh tarik?
Sudahlah, aku malas nak cerita lagi pasal BarangNaik ini, tak habis-habis! Solusinya, kalau tak nak BarangNaik lagi, kerajaan tak boleh asyik teriak 'POTONG SUBSIDI'! Kerajaan kena cari cara untuk memotong kos dari dalam kerajaan/pentadbiran dan bukannya potong subsidi! Sebagai contoh, banyak sekali pembaziran & ketirisan yang berlaku, cuba kurangkan dulu pasti cukup untuk membiayai subsidi. Ingatlah bahawa kemewahan duniawi takkan dibawa ke akhirat nanti.
Ini adalah amaran saya selaku salah seorang bakal pengundi dalam masa 2 tahun kepada BN dan kerajaan seterusnya, Kalau tak nak hilang kuasa pandai-pandailah bertindak!
Sekian terima kasih & selamat berhujung minggu

No comments:

Post a Comment