Pada posting yang lepas, saya telah mengupas isu ‘pemanasan global’ secara ringkas. Kali ini saya akan mengupas isu yang telah bermain di minda saya sejak 2 tahun dahulu kot. Introvert & extrovert Apakah maksudnya, implikasinya & berbagai lagi akan saya kongsi sekadar yang saya tahu.
Ringkasnya dalam Bahasa Cina (Mandarin) introvert juga dikenali sebagai ‘zhai nan’ untuk lelaki dan ‘zhai nue’ untuk perempuan. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula dikenali sebagai ‘home boy’ atau ‘home girl’.
Definasi introvert ialah orang yang suka memerapkan diri di dalam rumah selepas waktu kerja/kuliah/sekolah atau pun pada hari minggu/cuti. Golongan ini selalunya menghabiskan masa bermain permainan online seperti
Berbalik kepada perkataan ‘zhai’, dalam Bahasa Jepun ia dikenali sebagai ‘otaku’ ataupun orang yang handal/tahu-menahu dalam sesuatu bidang. Sebagai contoh seorang rakan saya pandai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Photoshop, oleh itu kita boleh panggil dia ‘photoshop otaku’. Seorang lagi pula handal bermain futsal jadi kita boleh gelar dia ‘futsal otaku’. Menerusi contoh-contoh yang telah dijelaskan tadi nampaknya ‘zhai’ maksudnya bukan tak bagus. Tetapi remaja Taiwan menggunakan perkataan ‘zhai’ yang satu lagi untuk tujuan bergurau atau merujuk kepada seseorang yang ‘home boy’ atau ‘home girl’. (Nota: dalam Bahasa Cina terdapat perkataan yang sama tetapi mempunyai dua maksud yang berlainan) Apabila remaja Taiwan hendak bergurau dengan rakan-rakan mereka, mereka akan kata saya amat ‘zhai’/kau amat ‘zhai’, tetapi jika perkataan ‘zhai’ digunakan kepada seseorang yang tak berapa dikenali, alamat ia akan mengundang
Memetik satu laporan agensi berita AP pada tahun 2008, fenomena ‘zhai’ ini meluas di Taiwan, Jepun, Hong Kong dan sebahagian kawasan pantai barat tanah besar China. Laporan tersebut juga menyatakan keadaan ini tidak mendatangkan bahaya tetapi telah wujud segolongan ekstremis ‘zhai’ yang menimbulkan kekecohan dengan mengganggu pasangan-pasangan kekasih di bandaraya Taipei. Ini secara tidak langsung telah memberikan liputan media meluas terhadap golongan ini dan seterusnya mencetuskan perbahasan di dalam media tempatan. Secara statistik walaupun angka sebenar tak diketahui, pakar percaya angka ‘zhai nan’ lebih dari ‘zhai nue’.
Selepas kita memahami sedikit sebanyak fenomena ini apa kata kita mengenali personaliti warga ‘zhai’ dan tidak ‘zhai’ pula. Orang yang tidak ‘zhai adalah seorang yang sangat responsif, perintis, pelaksana dan suka menyumbang. Manakala orang yang ‘zhai’ suka memberi dorongan kepada orang lain, berwawasan, menganalisis keadaan sebelum bertindak, menaik taraf diri sendiri.
Sebagai penutup bicara kali ini, ingin saya kongsi pendapat saya sebagai seorang ‘zhai.
So guys & gals out there are you Introvert or Extrovert? Zhai or not ‘zhai? Think about it!
P.S. Rasanya di sini memang banyak ‘zhai’ kerana tak banyak aktiviti ‘nightlife’ yang boleh dilakukan selain
BYE HAVE A GREAT MID MONTH aka poket kering kontang
NOTA:Penulisan ini tidak mencerminkan pandangan negara penulis ini tinggal & pandangan negara asal penulis. Ini hanyalah cetusan fikiran peribadi penulis yang telah bermain di otak penulis sejak beberapa tahun yang lalu. Harap maklum & penulis memohon maaf sekiranya penulisan ini menyinggung perasaan sesetengah pihak dengan sengaja/tak sengaja. Jika ada menyinggung perasaan sesiapa ia hanya kebetulan sahaja.
No comments:
Post a Comment